Monday, 16 December 2013

Kenangan lalu






Terkenang zaman kanak-kanak suatu masa dahulu, riang ria, bergurau senda tanpa sebarang kekangan dan halangan. Aku membesar dalam suasana kampung dengan pelbagai aktiviti dan riadah dengan cara kampung yang aku percaya tidak kini dinikmati oleh kanak-kanak zaman kini. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan dengan permainan teknologi yang memerlukan ibubapa mengeluarkan peruntukan yang tinggi untuk memilikinya. Kadang-kadang kulihat, terdapat kanak-kanak seolah-olah terasing kerna tidak mampu untuk memiliki gajet-gajet permaianan yang pelbagai istilahnya. Begitu mahal harga sebuat persahabatan dan permainan..!

Nah, masa berubah. Atas dasar kemajuan, segala ini telah luput ditelan zaman. Aku tidak tahu ke mana majoriti kawan-kawan kampung aku dahulu yang sama-sama bermain polis sentri, acah galah, jerat sentap ayam-ayam, mandi di kalbait, bakar ubi kayu, main sumpit, panjat pokok petik jambu botol, main selut dan macam-macam lagi. Terlalu indah masa itu.

Moga, kenangan itu akan mendewasakan dan mengingatkan di mana aku suatu masa dahulu. Berpijak di bumi yang nyata dengan asal-usul ku ini.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment